BERITA TERKINI   MCMC kenal pasti lebih 10,000 akaun palsu sebar isu 3R setakat semalam -- Fahmi | UKK di setiap kementerian perlu perhalusi cara perjelas kesan sebenar dasar dan pencapaian kerajaan - Fahmi | Kerajaan sasar 50 peratus pengurangan kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Perancangan penyuraian trafik diteliti elak kesesakan baharu operasi RTS Link Johor Bahru–Singapura - Ahmad Zahid | Inflasi Malaysia menurun kepada 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun 2026 - DOSM | 

Terdapat 463 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Powerwell Dapat Kontrak RM158,81 Juta Berkaitan Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor. 

Pentech Sasar Sumbangan Hasil Berulang 40 Peratus Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berpangkalan di Pulau Pinang, Pentech Holdings Bhd menyasarkan hasil berulang menyumbang 40 peratus daripada jumlah pendapatannya manakala 60 peratus lagi daripada segmen tidak berulang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM539.3 Juta Untuk Pembangunan Di Bukit Tunku

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM539.32 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif, seiring kenaikan pasaran serantau Asia dan menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan pelabur kembali memberi tumpuan kepada saham teknologi, yang terus mendapat manfaat daripada kitaran pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) yang pesat.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Kekal Positif Bagi Prospek Jangka Pendek Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil.