BERITA TERKINI   PM Anwar sifatkan hasil mesyuarat khas isu kenaikan bil elektrik sebagai “good news” | Kebakaran hutan Indonesia: Malaysia tawar bantuan pesawat Bombardier APMM, tiga helikopter dan 52 petugas - TPM Ahmad Zahid | Surat dakwa Jemaah Menteri lulus cadangan projek PFI untuk pelebaran Lebuhraya PLUS adalah palsu - Pejabat Perdana Menteri | PMO buat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi pejabat itu | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.33 pagi, kontrak Ogos 2026 tidak berubah pada 1,732.5 manakala September 2026 dan Disember 2026, masing-masing meningkat 0.5 mata kepada 1,711 dan 1,714.5 manakala Mac 2027 menurun 11.5 mata kepada 1,702.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,893 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,715 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.07 pagi, FBM KLCI menurun 4.56 mata kepada 1,720.34 daripada 1,724.90 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner