5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd (JTGroup), Jati Tinggi Holding Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM72.84 juta bagi melaksanakan kerja infrastruktur kuasa kritikal untuk pembangunan pusat data di Selangor.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Jumaat ketika aktiviti belian pelabur beralih kepada saham bermodal kecil, terutamanya kaunter teknologi dan pembinaan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Kitaran kenaikan kadar faedah yang berterusan di ekonomi utama dijangka menjadi faktor penting yang memberi impak kepada harga emas pada masa depan, menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia (MGA) bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai pendekatan baharu untuk mempromosikan identiti dan destinasi pelancongan negara.
5hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan data pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah selepas indeks ditutup rendah 0.26 peratus semalam, kata penganalisis.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Usaha pelaburan swasta domestik berupaya menghidupkan semula aset usang selain dapat merancakkan ekosistem ekonomi setempat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Affin Bank Bhd bekerjasama dengan ahli kumpulan Bank Dunia iaitu Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) bagi memperluas akses pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh Malaysia.
6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas menempuh sesi dagangan yang tidak menentu susulan kebimbangan terhadap hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi serta kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melaksanakan dasar monetari yang lebih agresif selanjutnya, kata seorang penganalisis.
6hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh permintaan pengguna yang berdaya tahan di Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menampilkan lima studio permainan Malaysia di Pavilion Malaysia pada acara Tokyo Game Show (TGS) 2026 di Chiba, Jepun, dari 17 hingga 21 September, 2026.