1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM106.31 juta daripada RM93.91 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin, sejajar dengan kenaikan di Commodity Exchange (COMEX) Amerika Syarikat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur kekal berhati-hati susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada mesyuarat bulan depan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Isnin.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti penjualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor utiliti terus menjejaskan sentimen pasaran.
1hari ago
KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Pembukaan kilang penapisan minyak sawit baharu bernilai RM200 juta di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II di sini, dijangka memperkukuh industri hiliran sawit serta merancakkan sektor pembuatan di Kelantan.