BERITA TERKINI   Catuan bekalan elektrik dilaksana berikutan keupayaan penjanaan bekalan elektrik setempat terhad - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Tawau, Telupid dan Semporna - Sabah Electricity | Kes seludup dadah: Tiga pegawai TUDM dan tiga orang awam akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam esok - Pengarah JSJN Bukit Aman | Stesen janakuasa setempat Tawau berjaya salurkan bekalan, manakala di Sandakan sedang dipulihkan - Sabah Electricity | Stesen janakuasa setempat digunakan bagi percepat pemulihan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah - Sabah Electricity | 

Terdapat 415 berita berdasarkan kata kunci carian "ustr"

Koridor Pembangunan Sabah Akan Laksana Kajian Separuh Penggal Pada Awal 2027

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan menjalankan kajian separuh penggal pada awal 2027 bagi memperkukuh pelaksanaan SDC Blueprint 2.0, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Malaysia Berpotensi Jadi Hab Produk Bioteknologi Halal Global Menerusi HalalBio+

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) – Malaysia berpotensi berkembang sebagai hab pembangunan produk bioteknologi dan berasaskan bio yang memenuhi piawaian halal global menerusi pelaksanaan program Halal Bio Plus (HalalBio+) oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation).

JS-SEZ: Kerajaan Negeri Perkukuh Rantaian Bekalan, Bawa Limpahan Ekonomi Ke Johor Utara

ISKANDAR PUTERI, 24 Nov (Bernama) -- ​Kerajaan Negeri Johor sedang mempergiat usaha membawa limpahan ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ke Johor Utara menerusi pengukuhan rantaian bekalan di daerah-daerah yang lain.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik ke atas saham-saham teknologi tempatan apabila Nvidia melantik semula Jensen Huang sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya.

Hanya Dua Syarikat Malaysia Disenaraikan Dalam Senarai Entiti BIS - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata hanya dua daripada tujuh entiti yang ditambah ke dalam Senarai Entiti Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) merupakan entiti Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

Pelan Hala Tuju CCUS 2050 Garis 27 Inisiatif, Unjur Pelaburan Sehingga RM170 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2050 menggariskan 27 inisiatif dengan unjuran pelaburan antara RM160 bilion dan RM170 bilion serta potensi pembangunan sehingga enam hab CCUS di Malaysia menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Perkembangan Berkaitan Nvidia Tingkatkan Sentimen

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi kukuh Wall Street semalaman susulan perkembangan berkaitan kepimpinan Nvidia meningkatkan sentimen terhadap saham teknologi di bursa tempatan.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga TH Plantations Meningkat Kepada RM35.82 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MRO Aeroangkasa Jana Hasil RM13 Bilion Pada 2025, Kerajaan Tambah Baik Insentif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.

Emits Bhd Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Catat Lebihan Langganan 6.4 Kali

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Emits Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE mencatat lebihan langganan sebanyak 6.4 kali menjelang penyenaraiannya pada 1 Dis, 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan Saham Wajaran Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti penjualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor utiliti terus menjejaskan sentimen pasaran.

Pelaburan RM200 Juta Kilang Penapisan Minyak Sawit Perkukuh Industri Hiliran Sawit Kelantan

KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Pembukaan kilang penapisan minyak sawit baharu bernilai RM200 juta di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II di sini, dijangka memperkukuh industri hiliran sawit serta merancakkan sektor pembuatan di Kelantan.