GTA Holdings Peroleh Kelulusan Bursa Malaysia Bagi Penyenaraian Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyenggara penerbangan, GTA Holdings Bhd mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
| BERITA TERKINI | Pelantikan, penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa SPA dan SPKP - AGC | Majlis Mesyuarat Kerajaan N.Sembilan tidak ada kuasa dari segi undang-undang gantung tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri - AGC | ETA Group raih kontrak bernilai RM66.69 juta bagi tiga projek pembinaan di Kapar, Klang | Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang -- MetMalaysia | |
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyenggara penerbangan, GTA Holdings Bhd mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
BATU PAHAT, 26 Jun (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bukan sekadar sijil, sebaliknya ia merupakan ‘perisai’ kepada industri sawit negara, selain menjamin masa depan pekebun kecil.
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).
MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti isu berkaitan elaun pelaburan semula (RA) dan akan membawanya kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF) susulan gesaan komuniti perniagaan untuk penambahbaikan insentif bagi menggalakkan pelaburan semula syarikat.
Oleh Jailani Hasan
KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Moneysave (M) Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Labuan (LCC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) hari ini untuk melancarkan inisiatif pembiayaan bernilai RM200 juta bagi meningkatkan akses perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Labuan kepada modal.
SEPANG, 26 Jun (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) mengenal pasti aspek seperti pelaburan tenaga kerja, pempelbagaian perniagaan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan sebagai teras untuk memperkukuh daya tahan mengharungi pelbagai krisis berulang dihadapi industri penerbangan.
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Zenix Aerospace Upeca terus memperkukuh keupayaan pembuatan, pendigitalan dan pembangunan modal insan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai aeroangkasa global serta memacu pertumbuhan industri yang mampan.
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melantik Mohd Haris Mohd Arshad sebagai pengerusi baharu bagi penggal 2026 hingga 2028, menggantikan Datuk Lee Yeow Chor yang memegang jawatan itu sejak enam tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Marine & General Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM25 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2026 (TK2026) daripada RM44.79 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan CAIQ Biosecurity Sdn Bhd di bawah Malaysia-China Gateway Initiative (MCGi) bagi memperkukuh sokongan pematuhan teknikal dan meningkatkan kesiapsiagaan pasaran dalam kalangan pengeksport Malaysia yang menyasarkan pasaran China.
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa Ke-12 (IRGCE) 2026 yang dijadual bermula pada 8 hingga 10 September ini adalah edisi penganjuran terbesar setakat ini berikutan lebih 600 ruang pameran habis ditempah oleh pempamer daripada 15 negara sebelum acara berlangsung.