Terdapat 55 berita berdasarkan kata kunci carian "rekod"

Anutin Yakin Pertumbuhan KDNK Thailand Lebih 2.1 Peratus Pada 2026

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.

Selangor Sasar Pelaburan RM90 Bilion Tahun Ini - Amirudin

BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Selangor menyasarkan pelaburan berjumlah RM90 bilion tahun ini, meningkat daripada RM80 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas susulan momentum pelaburan yang menggalakkan di negeri itu.

Astro Malaysia Jual Aset Perniagaan Jalur Lebar Pada Harga RM83 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menjual aset perniagaan jalur lebarnya pada harga RM83 juta.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Pengecualian Gaji Minimum Dalam Belanjawan 2027 Bantu PMKS Sesuaikan Pengambilan Pekerja, Struktur Gaji - SME Corp

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengecualian pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM2,000 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merekodkan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dalam Belanjawan 2027, berkuat kuasa Jun tahun depan akan membantu perniagaan menyesuaikan pengambilan tenaga kerja dan struktur gaji mereka, menurut SME Corporation Malaysia.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Synology Catat Pertumbuhan Dua Angka Dalam Jualan Di Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat teknologi Taiwan Synology Inc telah merekodkan pertumbuhan jualan dua angka yang kukuh di Malaysia setakat tahun ini, didorong oleh peningkatan dalam permintaan untuk penyelesaian penyimpanan datanya daripada organisasi kerajaan dan penjagaan kesihatan.