11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi selaras dengan prestasi serantau yang lemah dalam lonjakan harga minyak berikutan ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
11hari ago
Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berpanjangan dan harga minyak mentah yang tinggi memberi impak kepada sentimen, kata penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
12hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, tertekan oleh anggaran eksport minyak sawit yang lebih lemah walaupun harga minyak mentah meningkat.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, susulan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis walaupun harga minyak mentah meningkat dan jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pelabur menantikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dikeluarkan pada Jumaat ini.
12hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.
12hari ago
KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif menyediakan Hab Digital Niaga Terengganu bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan serta memperluas pemasaran produk mereka menerusi platform digital.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan yang berterusan dalam ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat, harga minyak mentah yang tinggi dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.