Terdapat 69 berita berdasarkan kata kunci carian " memuncak"

Pasaran Getah Cenderung Menurun Susulan Konflik Asia Barat, Gangguan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dengan berhati-hati dan cenderung menyusut pada minggu depan berikutan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat, permintaan yang lemah serta gangguan bekalan akibat faktor cuaca.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan emas di COMEX apabila pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) mengatasi daya tarikan logam berharga itu sebagai aset selamat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Rabu) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama namun menyusut berbanding dolar AS pada Rabu berikutan permintaan terhadap unit negara maju itu meningkat dalam keadaan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Harga MSM Dijangka Kekal Tinggi Sehingga 2H 2026, Memuncak Pada 1H 2027 Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.

RHB IB Unjur KDNK Malaysia Tumbuh 4.7 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Ketegangan Di Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh kebimbangan bekalan dan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Kedudukan Fiskal Suku Pertama 2026 ASEAN+3 Kekal Berdaya Tahan - AMRO

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kedudukan fiskal ASEAN+3 secara umumnya kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026, walaupun terdapat tekanan perbelanjaan yang muncul dan keadaan pembiayaan lebih ketat susulan konflik Asia Barat semakin memuncak.

Pasaran Buruh Singapura Berkembang, Pekerjaan Melonjak Sebanyak 9,400

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran buruh Singapura terus berkembang pada suku pertama 2026, dengan jumlah pekerjaan melonjak sebanyak 9,400, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).