18hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Vstecs Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 meningkat 50 peratus kepada RM30.31 juta daripada RM20.17 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kekukuhan dalam semua segmen perniagaannya.
19hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, berikutan kebimbangan fiskal global, peningkatan beban hutang kerajaan serta persoalan berterusan mengenai kemampanan kedudukan kewangan dalam jangka panjang.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan memperkukuh bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan mencadangkan pengenalan pakej kelangsungan dan daya tahan bagi PMKS.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Acara Anugerah CGC 2025 edisi ke-31 yang berlangsung hari ini mengiktiraf 32 pencapaian cemerlang dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia serta pemain utama ekosistem kewangan.
20hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia, kecuali dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data inflasi utama negara maju berkenaan.
20hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Dasar Kecekapan Tenaga dan Pelan Tindakan 2026–2035 (NEEAP 2.0) mensasarkan untuk menyampaikan penjimatan utiliti sebanyak RM85.24 bilion, mengurangkan permintaan tenaga negara sebanyak 11.6 peratus, dan mencapai penjimatan tenaga kumulatif sebanyak 815,383 terajoule (TJ) menjelang 2035.
20hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perniagaan dan orang awam memainkan peranan penting dalam menyokong keselamatan tenaga di Malaysia, menjadi semakin kritikal memandangkan ketegangan geopolitik global terus mengganggu landskap tenaga.