Terdapat 274 berita berdasarkan kata kunci carian "bank"

Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Koridor Ekonomi Baharu, Perkukuh NCER, BEZ – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang kini dalam proses pemuktamadan, menurut Kementerian Ekonomi.

Kerajaan Lulus Program Sukuk Kelima MRL Bernilai RM19.05 Bilion Untuk Pembiayaan ECRL

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan Program Sukuk Kelima MRL bernilai RM19.05 bilion bagi menyokong pembiayaan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

MBSB Bank Lanjutkan Kadar Promosi TD-i, TIA-i Hingga 30 November

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- MBSB Bank melanjutkan kempen promosi bagi produk Deposit Bertempoh-i (TD-i) dan Akaun Pelaburan Bertempoh-i (TIA-i) sehingga 30 Nov, 2026.

 

 

Pertumbuhan KDNK Global Dijangka Susut Kepada 2.7 Peratus Pada 2026 – Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dijangka perlahan kepada 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, susut daripada tiga peratus pada 2025, demikian menurut Moody’s Analytics.

Potensi Kenaikan OPR Pada Mac 2027 Bakal Beri Kelegaan Sementara Kepada NIM Bank - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Potensi kenaikan 25 mata asas (bps) Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mac 2027 boleh memberi kelegaan sementara kepada bank-bank yang berdepan tekanan terhadap margin faedah bersih (NIM), kata CIMB Securities Sdn Bhd.

MediAsas Bakal Rombak Pembiayaan Kesihatan Swasta Menerusi Reformasi Insurans Dan Kesihatan – Timbalan Gabenor BNM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- MediAsas bakal merombak sistem pembiayaan penjagaan kesihatan swasta dengan menangani faktor struktur yang mendorong peningkatan kos perubatan menerusi penambahbaikan reka bentuk insurans serta reformasi penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Aznan Abdul Aziz.

HLIB Unjur Pertumbuhan KDNK Pada 5.5 Peratus, 2026 Pada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 mencapai 5.5 peratus, disokong oleh pengembangan berterusan sektor perkhidmatan dan pembinaan, aktiviti pembuatan yang lebih kukuh serta pemulihan sektor pertanian.

Sektor Pembinaan Terajui Aliran Masuk Asing Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan, pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Kebimbangan Berterusan Terhadap Nvidia

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan mengenai ketidaktentuan kepimpinan Nvidia yang terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah sekali lagi yang terus menyokong mata wang dolar AS.

OPR Dikekalkan Beri Ruang Perniagaan Terus Berkembang - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Merosot Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terus menyokong dolar AS.