BERITA TERKINI   Jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2026 meningkat tiga peratus kepada RM25.82 bilion daripada RM25.07 bilion pada suku yang sama pada 2025 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat 30 peratus kepada RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. | Ahmad Zahid cadang lanjut tempoh latihan PLKN kepada 90 hari atau 180 hari | Kerajaan kaji kaedah manfaatkan tenaga bekas pelatih PLKN sebagai sukarelawan bencana - TPM Ahmad Zahid | 

Pertumbuhan KDNK Global Dijangka Susut Kepada 2.7 Peratus Pada 2026 – Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dijangka perlahan kepada 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, susut daripada tiga peratus pada 2025, demikian menurut Moody’s Analytics.

Firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan menyatakan Amerika Syarikat dijangka mencatatkan pertumbuhan atas sedikit daripada dua peratus, manakala China dan ekonomi utama global lain juga dijangka mengalami kelembapan.

“Unjuran asas kami mengandaikan inflasi meningkat secara sederhana dan bank pusat hanya akan mengetatkan sedikit lagi dasar monetarinya.

Ad Banner
Ad Banner

“Dalam keadaan ini, KDNK global dijangka berkembang sebanyak 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, yang sedikit perlahan berbanding tiga peratus pada 2025 serta sasaran melebihi tiga peratus yang berpotensi dicapai oleh ekonomi global,” katanya.

Moody’s Analytics turut menyatakan bahawa prospek ekonomi global kekal tidak menentu seperti sebelumnya, dengan risiko cenderung ke arah penurunan.

Menurutnya, dagangan dalam pasaran kewangan tidak menentu apabila ketidakpastian dasar menimbulkan keraguan terhadap masa depan lonjakan AI serta penilaian harga aset tinggi yang disokong olehnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ketegangan yang tercetus semula di Asia Barat atau sekatan baharu terhadap laluan perkapalan komoditi utama akan menambahkan tekanan, apabila harga minyak yang lebih tinggi serta inflasi memaksa bank pusat menghadapi pilihan sukar yang lebih rumit.

“Ketidakseimbangan global yang besar boleh terus meningkatkan lagi ketegangan perdagangan serta menyebabkan inflasi yang lebih tinggi. Ekonomi global telah menunjukkan daya tahan namun ia perlu tumbuh lebih kukuh lagi,” katanya. 

-- BERNAMA