BERITA TERKINI   Malaysia dan Qatar senada perang mesti dihentikan - PM Anwar | Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel tanpa subsidi turun 15 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Okt - MOF | Seramai 3,524 pelarian Myanmar telah dipersetujui bersama Myanmar untuk dihantar pulang pada fasa kedua - Fahmi | Beberapa pemimpin negara dijangka adakan lawatan ke Malaysia minggu depan - Fahmi | Jemaah Menteri rakam ucapan takziah buat Tun Dr Mahathir atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah - Fahmi | 

Terdapat 200 berita berdasarkan kata kunci carian "sc"

Northern Solar Peroleh Kelulusan SC Untuk Pindah Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd telah memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Cabaran Temu Kemudahan: Pengalaman Warga Malaysia Menelusuri Ekonomi Digital Guiyang

Daripada Abdul Hamid A Rahman

GUIYANG (China), 30 Ogos (Bernama) -- Pengalaman selaku wartawan Malaysia yang ditugaskan membuat liputan mengenai ekonomi digital Guiyang ketika bulan kemerdekaan negara, mendedahkan bahawa iktibar pertama mengenai kehidupan di salah sebuah bandar teknologi di China ini bukannya di dalam makmal kecerdasan buatan (A), pusat data mahupun kenderaan autonomi.

CIMB Sasar Pertumbuhan Pinjaman 5-6 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) menyasarkan pertumbuhan pinjaman sekitar 5-6 peratus bagi tahun kewangan 2026, dengan permintaan kukuh daripada sektor pusat data dan kecerdasan buatan (AI) yang menyokong perniagaan borongnya. 

Yinson Dalam Perbincangan Bagi Potensi Nyahsenarai Pada RM2.35 Sesaham

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd, Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) mengadakan perbincangan awal dengan MISC Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekutunya serta pihak berkepentingan lain berhubung potensi cadangan untuk menyahsenaraikan syarikat berkenaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Jualan Menjelang Cuti Panjang

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, diasak oleh aktiviti jualan secara meluas menjelang tempoh cuti hujung minggu yang panjang.

PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.

Eco Ardence, Missi Care Meterai MoU Tubuh Care Hub 24 Jam

SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) -- Eco Ardence dan Missi Care Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan Pusat Penjagaan 24 jam (Care Hub) di vila bertingkat rendah pertama di perbandaran itu, dengan Missi Care dilantik sebagai pengendali eksklusif pusat berkenaan.

Untung Bersih MISC Melonjak Kepada RM1.15 Bilion Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.15 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM464.40 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

CIMB Selesai Ujian Rintis Penyelesaian Sukuk Bertoken RM1.38 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyelesaikan ujian rintis penyelesaian sukuk bertoken menggunakan deposit bertoken, melibatkan sukuk bertoken bernilai RM1.38 bilion yang dilanggan oleh 12 pelabur institusi.

Pelajar MBA China Bantu Murid Berkeperluan Khas Cipta Peluang Kerjaya

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sekumpulan pelajar pascasiswazah dari tanah besar China di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif memperkasa murid berkeperluan khas melalui kemahiran vokasional yang berpotensi membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi selepas tamat persekolahan.

BNM Kenakan Penalti Ke Atas Setel, Standard Chartered Bank, Standard Chartered Saadiq

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, dan Standard Chartered Saadiq Bhd atas kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.