BERITA TERKINI   PRN NS: Sebanyak 59.03 peratus selesai mengundi setakat 3 petang - SPR | PRN NS: Sebanyak 51.58 peratus selesai mengundi setakat 2 petang - SPR | PRN NS: Sebanyak 44.67 peratus atau 384,096 pengundi selesai mengundi setakat 1 tengah hari - SPR | Pertahankan setiap inci tanah negeri daripada penerokaan dan penguasaan secara haram - Sultan Pahang | PRN NS: Sebanyak 37.29 peratus pengundi selesai mengundi setakat 12 tengah hari - SPR | 

Terdapat 1156 berita berdasarkan kata kunci carian "e"

RT Pastry Kini Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebar Sayap Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Penyedia produk pastri dan bakeri, RT Pastry Holdings Bhd yang mencatat kemunculan pertama di Pasaran ACE, menyasarkan untuk menyalurkan modal terkumpul daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi memperluas operasi ke Pantai Timur.

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini. 

Anak Syarikat Nexgram Memulakan Pembangunan RM2 Bilion Neu Nexus Century City Di Cyberjaya

PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Nexgram Holdings Bhd, Neu Nexus Century City Sdn Bhd (NNCC), hari ini memulakan pembangunan Neu Nexus Century City di Cyberjaya, sebuah projek pembangunan infrastruktur, tenaga dan guna campur kecerdasan buatan (AI) dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.

MTEN Laksana 120 Keputusan Tangani Impak Krisis Bekalan Global – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 120 keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani impak krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan MEUFTA, Sasar Dimuktamadkan Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.

Wilayah Utara Rekod Pelaburan Diluluskan Berjumlah RM9.4 Bln Bagi Tempoh Januari-Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Wilayah Utara merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 melibatkan 295 projek merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, yang berpotensi mewujudkan 10,966 peluang pekerjaan baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin.

SAMENTA Umum Majlis Kebangsaan Baharu, Tetapkan Agenda Untuk PKS

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) telah mengumumkan majlis kebangsaannya untuk penggal 2026-2029, menggariskan keutamaan yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pembaharuan dasar untuk memperkukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya mencatatkan penurunan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat.