BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | 

Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian "pertumbuhan"

Belanjawan 2027: Peruntukan RM16 Bilion Bagi STR Dan SARA Dijangka Rangsang Perbelanjaan Isi Rumah, Sektor Peruncitan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Ringgit Dibuka Meningkat Ketika Kebimbangan Pelaburan AI Jejas Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Niaga Hadapan MSM Meningkat Susulan Kenaikan Minyak Soya, Prospek Eksport

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki pengukuhan niaga hadapan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT), manakala anggaran eksport minyak sawit yang lebih kukuh turut menyokong sentimen pasaran.

Malaysia Kekal Peneraju Pembangunan Kewangan Islam Global 14 Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).

Sektor Pengangkutan Perlu Utamakan Pertumbuhan, Kemampanan Alam Sekitar - Loke

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Masa depan sektor pengangkutan perlu menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan pada masa sama menangani cabaran alam sekitar secara bertanggungjawab, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Synology Catat Pertumbuhan Dua Angka Dalam Jualan Di Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat teknologi Taiwan Synology Inc telah merekodkan pertumbuhan jualan dua angka yang kukuh di Malaysia setakat tahun ini, didorong oleh peningkatan dalam permintaan untuk penyelesaian penyimpanan datanya daripada organisasi kerajaan dan penjagaan kesihatan.

Penamatan Operasi Loji Arang Batu TNB Bergantung Pada Keupayaan Tangani Trilema Tenaga

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.