BERITA TERKINI   Malaysia Airlines membatalkan penerbangan MH1, mengubah laluan MH4 susulan gangguan trafik udara di United Kingdom, perkhidmatan penerbangan MH4D dan MH1D akan disediakan pada 9 September | Bekas Pengerusi TH Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen KL salah guna kedudukan untuk dapatkan jawatan, yakinkan pelaburan RM193.5 juta | Abdul Azeez, bekas CEO dan bekas ketua pegawai kewangan TH direman dua hari bantu siasatan kes tipu berkaitan hibah TH - peguam | ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan buat kenyataan timbulan kegentaran awam di TikTok | Nahas helikopter: Bapa Dr Ainul berangkat ke Miri hari ini, bawa barang peribadi anak untuk proses pengesahan DNA - ahli keluarga | 

Terdapat 2028 berita berdasarkan kata kunci carian " m"

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke Busan, Firefly Lancar Laluan Baharu Ke Kunming

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula  penerbangan ke Busan mulai 2 Disember, 2026, menghubungkan semula Kuala Lumpur dengan bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu selepas kali terakhir menawarkan laluan berkenaan antara tahun 1996 dan 1998.

AmFIRST REIT Keluar Pekeliling Cadangan Penjualan Menara AmBank Bernilai RM331 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmREIT Managers Sdn Bhd (AmREIT), pengurus AmFIRST Real Estate Investment Trust (AmFIRST REIT) hari ini mengumumkan telah mengeluarkan pekeliling kepada pemegang unit berhubung cadangan penjualan Menara AmBank kepada AmBank (M) Bhd dengan bayaran tunai sebanyak RM331 juta.

Kualiti Aset Bank Kekal Berdaya Tahan Disokong Penampan Kukuh, Pengurusan Risiko Proaktif

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kualiti aset bank Malaysia kekal berdaya tahan, disokong penampan penyerapan kerugian yang mapan serta pengurusan risiko kredit yang proaktif, meskipun berdepan ketidaktentuan yang meningkat susulan konflik Asia Barat dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, kata RAM Ratings.

MAG Tidak Kompromi Soal Keselamatan, Kru Diwajibkan Jalani Saringan Dadah Tahunan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan yang tidak akan dikompromi bagi Malaysia Aviation Group (MAG) seiring langkah kumpulan itu untuk terus memperkukuh proses dan piawaian keselamatannya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A Bakar.

SkyGate NHJ Technology Mahu Labur US$30 Juta Bagi Fasiliti Pembuatan Pintar Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd merancang untuk melabur sejumlah US$30 juta (US$1=RM4.03) bagi membangunkan kemudahan pembuatan pintar di Pulau Pinang dengan pelaburan dilaksanakan dalam dua fasa.

JS-SEZ: Penyelarasan Peraturan, ‘Jendela Tunggal’ Penting Lancarkan Perdagangan

Daripada Mohamad Syazwan Mustafa

SINGAPURA, 4 Sept (Bernama) -- Pewujudan sistem perdagangan sehenti dan penyelarasan piawaian kawal selia antara Malaysia dan Singapura merupakan langkah penting untuk memastikan integrasi rentas sempadan yang lancar serta merealisasikan sepenuhnya potensi ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut pemimpin industri logistik ekspres.

Belanjawan 2027: Sabah Mahu Kos Sara Hidup Diringankan, PMKS Diperkasa

KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Meringankan tekanan kos sara hidup serta memperkukuh sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) antara harapan pemain perniagaan dan penduduk Sabah menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari Jumaat ketika pelabur mengambil keuntungan masing-masing susulan kenaikan sebelum ini dengan tekanan jualan mengasak saham produk perindustrian, perladangan dan kewangan.

MAG Jangka Tahun Kewangan 2026 Mencabar Susulan Kenaikan Kos Bahan Api

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Kementerian Ekonomi Teliti Persediaan Hadapi Negara Menua Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.

MDEC Dilantik Pengesah Teknologi Digital Strategik Nasional, Agensi Pelaksana Program Digital AgTech

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai Pengesah Teknologi Digital Strategik Nasional serta Agensi Pelaksana Program Digital AgTech bagi memacu transformasi digital dalam sektor agromakanan.