BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Izzat Shameer Dzulkeple raih pingat perak acara perseorangan lelaki boling padang | PRN NS: Undi awal rekod 91.06 peratus, lepasi sasaran ditetapkan - SPR | Glasgow 2026: Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman raih perak acara pairs wanita boling padang | Glasgow 2026: Atlet angkat berat Muhammad Hafizuddin Roslin sumbang emas keempat Malaysia menerusi kategori 88 kg lelaki | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " hab serantau"

88 Peratus Firma Jerman Yakin Iklim Perniagaan Malaysia Kekal Kondusif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Sebanyak 88 peratus syarikat Jerman menilai keadaan perniagaan semasa mereka di Malaysia sebagai "baik" atau "memuaskan", mencerminkan keyakinan berterusan terhadap negara ini walaupun berdepan peningkatan tekanan geopolitik global.

MCE Lancar Hab Pembuatan Elektronik Automotif Bernilai RM50 Juta Di Serendah

HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- MCE Holdings Bhd (MCE) hari ini secara rasmi melancarkan MCE Auto Hub, kemudahan pembuatan termaju bernilai RM50 juta di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, Serendah, yang akan memperkukuh keupayaan reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan kumpulan itu.

Jalinan Kerjasama Tamco-Hoymiles Perkukuh Infrastruktur Tenaga Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tamco, penyedia penyelesaian infrastruktur tenaga terkemuka dan Hoymiles, inovator global dalam bidang penstoran tenaga serta solar, hari ini menjalin kerjasama strategik untuk menyokong pembangunan infrastruktur tenaga masa depan Malaysia.

Hab Ant International Di KL Bakal Jana Peluang Pekerjaan, Tingkatkan Keupayaan Tempatan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teknologi, kewangan dan inovasi mesti mewujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh keupayaan domestik, menyokong pertumbuhan perniagaan dan memperluas akses kepada perkhidmatan yang berpatutan ketika Malaysia meletakkan dirinya sebagai hab serantau untuk teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Moody’s Naikkan Unjuran Malaysia Pada A3 Stabil, Dipacu Pertumbuhan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.

Lonjakan Malaysia Dalam Ranking Daya Saing Dunia Bukti Kekukuhan Asas Ekonomi Negara

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara.