23hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kualiti aset dan sumber keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi antara ukuran utama dalam menilai kekuatan kewangan institusi itu, selain kadar agihan keuntungan kepada pendeposit, kata pakar ekonomi.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) menggesa Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada hasil yang boleh diukur, bukan sekadar pemberian, pembiayaan dan insentif, dengan kejayaan dinilai semata-mata melalui produktiviti, pelaburan, pertumbuhan dan daya saing.
29hari ago
GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang bercadang beralih daripada aktiviti pemasangan dan pengujian kepada aktiviti huluan bernilai tinggi seperti reka bentuk cip, seni bina sistem, pembangunan prototaip dalam usaha menjadi hab reka bentuk semikonduktor utama di ASEAN menjelang 2040.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan statistik rasmi bagi menyokong penggubalan dasar yang lebih tepat dan berkesan, termasuk melalui penghasilan indikator yang lebih granular, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kejayaan Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 Indeks Daya Saing Dunia Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) membuktikan kerangka Ekonomi MADANI berada pada landasan tepat, khususnya menerusi komitmen kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 4.7 peratus pada 2026 dengan potensi peningkatan sederhana, disokong prestasi eksport yang lebih kukuh daripada jangkaan, permintaan domestik yang berdaya tahan serta risiko luaran yang semakin reda, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan RM34.0 bilion dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.8 peratus pada suku pertama 2026, menurut Survei Pelancongan Domestik Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.