14jam ago
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yingde Gases Group Co Ltd melalui unitnya, NovaAir Industrial Gases Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kapasiti kilangnya di Kuala Lumpur kepada lebih 90 peratus dalam tempoh dua tahun.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang melaksanakan projek rintis pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di sebuah kilang besi dan keluli di Pantai Timur yang dijangka dimuktamadkan pada akhir 2027.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai usaha sama (JV) dengan Hebei Shichang Auto Parts Co Ltd, syarikat sistem bahan api yang disenaraikan di Beijing, untuk menubuhkan kilang pembuatan bernilai RM100 juta yang menumpukan kepada pengeluaran tangki bahan api termaju untuk Proton.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.6 peratus kepada 29,510 tan pada Ogos 2026 daripada 26,926 tan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
BATU KAWAN, 8 Okt (Bernama) — TANAKA MEP Refinery Sdn Bhd hari ini merasmikan majlis pecah tanah untuk kilang penapisan logam bernilai tinggi berharga RM70 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan di sini.
6hari ago
GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu terus memanfaatkan ekosistem perindustrian, tenaga kerja berkemahiran, infrastruktur dan akses pasaran yang dimilikinya bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dari Amerika Syarikat (AS), ketika persaingan daripada negara-negara Asia lain semakin sengit.
7hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.
10hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
KLUANG, 4 Okt (Bernama) -- Selepas hampir 20 tahun bergelar sebagai pekerja kilang, Mohd Rosli Jumain tidak menyangka keputusan melepaskan pekerjaan tetap itu bagi menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN), terbukti berhasil apabila meraih pendapatan hampir RM3,000 sebulan.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembuatan di Eropah dan Asia mula merancak, kata seorang peniaga.
12hari ago
GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia masih jauh daripada mencapai sasaran untuk mengubah 3,000 pengilang menjadi kilang pintar menjelang 2030, dan setakat ini hanya 93 daripadanya berjaya melengkapkan transformasi tersebut.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.