Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran saham"

Kerjasama Affin Hwang, Eurex Perluas Akses Niaga Hadapan Eropah Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan bursa derivatif Eropah, Eurex, bagi memperluaskan tawaran niaga hadapan asing selain turut membuka akses tempatan kepada pelanggan di Malaysia mendapatkan pendedahan ke atas pasaran Eropah.

Bursa Malaysia Diunjur Catat Aktiviti Belian Saham Harga Rendah Terpilih Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia berkemungkinan menyaksikan aktiviti pembelian saham pada harga rendah terpilih minggu depan susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, khususnya dalam kaunter mewah berasas kukuh yang mengalami penurunan harga, dalam persekitaran pasaran yang cenderung mengelak risiko, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Peningkatan Konflik Di Asia Barat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Rabu di tengah-tengah sentimen berhati-hati pelabur berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat yang menyaksikan minyak mentah Brent melonjak melepasi paras US$100 setong, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah, Minat Belian Tumpu Saham Binaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi akhir Selasa ketika minat belian beralih daripada indeks saham wajaran tinggi kepada saham pembinaan bermodal kecil dengan sentimen terus diasak oleh ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Dakwaan Kerugian TH Akibat Kejatuhan Pasaran Saham Tohmahan Semata-mata - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham adalah tohmahan semata-mata kerana pasaran saham berada pada tahap kukuh dan mencapai paras tertinggi pada 2018, dengan kejatuhan saham pada tahun itu hanya sekitar enam peratus.

Polisi Rosot Nilai TH Diubah Dua Kali Dalam Sehari Bagi Tingkat Keuntungan 2017

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati polisi rosot nilai Lembaga Tabung Haji (TH) telah diubah daripada 70 peratus kepada 85 peratus dan seterusnya 90 peratus dalam tempoh satu hari bagi tahun kewangan 2017, sekali gus membolehkan keuntungan tahun berkenaan ditingkatkan untuk pembayaran agihan keuntungan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Terus Kukuh Walaupun Saham Teknologi Global Susut

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dan menunjukkan daya tahan walaupun pasaran saham teknologi global mengalami penyusutan yang ketara dalam keadaan prestasi di Wall Street yang bercampur-campur

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.