BERITA TERKINI   Isu rasuah dalam perkhidmatan awam terkawal, usaha memperkemas tata kelola diteruskan dari semasa ke semasa - KPPA | JPA sediakan pelbagai program tajaan bantu penjawat awam tingkat kelayakan akademik, kompetensi dan profesionalisme - KPPA | Lima penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Senai akibat jarak penglihatan rendah, beberapa pesawat dilencongkan dan penerbangan lain ditangguh - Loke | Malaysia sambut baik usaha Myanmar laksana pembaharuan, sesuaikan dasar tangani pelbagai cabaran kompleks dihadapi negara itu - Anwar | Kira-kira 70 peratus potensi pengurangan pelepasan Malaysia boleh dicapai melalui langkah melibatkan kos pengurangan negatif atau rendah - Fadillah | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " shenzhen"

Sasaran IGEM 2026 Jana Potensi Perniagaan RM22.5 Bilion Mampu Dicapai -- Arthur

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026 bermula hari ini hingga 9 Oktober, dijangka mampu mencapai sasaran potensi perniagaan bernilai RM22.5 bilion berbanding RM5.5 bilion yang disasarkan pada tahun lepas.

Evocom Sasar Perluas Perniagaan Penghantaran Kargo Udara Ke Australia, Asia Barat

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Evocom Bhd berhasrat mengembangkan perniagaan penghantaran kargo udaranya secara transit khususnya bagi laluan dari China ke Australia dan Asia Barat dalam usaha mempelbagaikan operasinya di luar perniagaan teras iaitu penyediaan tenaga kerja fleksibel.

Lawatan Kerja PM Anwar Ke China Bagi Misi Diplomasi Pelbagai Hala, Perdagangan Digital, TVET 

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 21 Sept  (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou bermula Selasa bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi, memajukan rangka kerja perdagangan digital serta menekankan mengenai kepentingan pembangunan bakat teknikal.

BYD Perkenal Pelan Pengembangan EV Malaysia Dalam Seminggu Lagi

SHENZHEN, 5 Sept (Bernama) -- Gergasi kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD Co Ltd dijangka mengumumkan pelan pengembangan selanjutnya di Malaysia dalam tempoh seminggu, di tengah-tengah persoalan sama ada pembuat kereta itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan atau menubuhkan kemudahan pembuatannya sendiri.

Syarikat China Mingyang Sasar Perluas Peranan Dalam Peralihan Tenaga Malaysia

Daripada Samantha Tan Chiew Tieng

GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Penerbangan Terus Haikou-Penang Bermula 11 Oktober

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penerbangan terus Haikou-Penang akan dilancarkan pada 11 Okt ini, menjadikan Haikou sebagai bandar raya kesembilan di China yang mempunyai hubungan udara terus berjadual dengan Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai.

Kerangka Penyenaraian Dwi IPO Malaysia-Hong Kong Berkuat Kuasa September 2026

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.

Midea, 99 Speedmart Bekerjasama Perluas Rangkaian Perkakas Rumah

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar perkakas rumah pintar China, Midea Group (Midea) dan 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speed Mart) hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk memperluaskan ketersediaan perkakas rumah berkualiti dan cekap tenaga di lebih 3,100 cawangan rangkaian runcit syarikat itu di seluruh negara.

Malaysia Airlines Perluas Rangkaian Dengan Laluan Baharu Ke Shenzhen, Changsha

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha, sekali gus menjadikan jumlah destinasi penerbangan syarikat itu ke China kepada sembilan.

Penerbangan Pulau Pinang-Jinan Sasar Pengukuhan Sambungan Udara Dengan Utara China

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang sedang meninjau kemungkinan melancarkan penerbangan terus antara Pulau Pinang dan Jinan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengukuhkan hubungan udara dengan utara China selain memperluaskan jangkauan pasaran pelancongan negeri itu.