BERITA TERKINI   UMNO telah selesaikan bayaran denda RM50 juta Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi KL pagi ini - Asyraf Wajdi | PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov 2026 - SPR | PRN Sarawak ke-13: Undi awal pada 8 Dis - SPR | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian "asia pasifik"

Ancaman Siber Yang Berkembang Ancam Daya Tahan Kewangan, Perlu Bakat Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ancaman siber yang semakin berkembang, khususnya yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), teknologi awan dan ekosistem digital yang saling berkaitan, menonjolkan keperluan untuk membangunkan lebih ramai profesional tempatan yang mempunyai kepakaran dalam kewangan serta keselamatan siber.

Orang Ramai Diingatkan Berwaspada Penipuan 'Phishing', Promosi Palsu Menjelang Deepavali

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap mesej pancingan data (phishing), laman web palsu dan promosi dalam talian yang memperdaya pengguna menjelang perayaan Deepavali.

Google Peruntuk RM651 Juta Bagi Pembangunan Infrastruktur Air Guna Sama Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Google memperuntukkan US$160 juta (RM651 juta) untuk membiayai pembangunan infrastruktur bekalan air guna sama yang baharu di Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat serta menyokong operasi pusat datanya yang bakal beroperasi di Springhill Industrial Park, Port Dickson.

Permintaan Penumpang Global Susut 0.5 Peratus Pada September Susulan Kelemahan Di Asia Barat, Amerika Utara

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Permintaan penumpang udara global keseluruhan yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 0.5 peratus pada September 2026 berbanding bulan sama tahun lepas, mencerminkan kelemahan pasaran di Asia Barat dan Amerika Utara.

Syarikat Penerbangan Asia Pasifik Bawa 30.4 Juta Penumpang Antarabangsa Pada September – AAPA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik membawa sejumlah 30.4 juta penumpang antarabangsa pada September 2026, meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Kilang Safran Di Negeri Sembilan Hasilkan 27 Peratus Cakera Brek Karbon Global

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.