BERITA TERKINI   Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | TH memajak 4 hotel di Mekah & Madinah dari 2015 hingga 2017, bayar kira-kira RM1.55 bilion secara 'upfront' kepada Al-Rawda, satu transaksi yang luar biasa dan tidak ‘normal’ - Dr Zulkifli Hasan | 

Terdapat 3 berita berdasarkan kata kunci carian "dr zulkifli hasan"

Blok Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Tidak Ambil Bahagian Penerangan Menteri Berhubung RCI TH

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Kerajaan 'Bailout' TH Lebih RM10 Bilion Untuk Pulihkan Kedudukan Kewangan, Bukan Jual Aset 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kerajaan Berisiko Tanggung Liabiliti RM74.5 Bilion Jika Berlaku ‘Bank Run’ Pada 2018

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.