BERITA TERKINI   Liga Super: KL City FC 0-1 Penang FC | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "lebihan dagangan"

Prestasi Perdagangan Mengekalkan Trajektori Meningkat Yang Kukuh Pada Oktober 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan mengekalkan trajektori peningkatan yang kukuh pada Oktober 2026, mencatatkan pencapaian bersejarah, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai ekonomi yang berdaya tahan dan semakin pelbagai, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, namun hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada awal Disember.

Perdagangan Malaysia Meningkat 58 Peratus Kepada RM436.6 Bilion Pada Oktober - DOSM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 58 peratus tahun ke tahun kepada RM436.6 bilion pada Oktober 2026 daripada RM276.3 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

Malaysia Teliti Sasaran Dagangan D-8 Lebih US$500 Bilion Sebelum Dibawa Ke Kabinet - TPM Ahmad Zahid

Oleh Siti Nurhana Sharifah Binti Mat Nazir

ISTANBUL, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia akan meneliti sasaran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8) untuk meningkatkan perdagangan sesama negara anggota kepada lebih US$500 bilion (kira-kira RM2.03 trilion) menjelang 2030, sebelum membawa cadangan itu ke Jemaah Menteri.

DEFA ASEAN Luaskan Peluang Pasaran Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dijadualkan ditandatangani November ini bakal membuka peluang luas kepada syarikat Malaysia untuk memasarkan dan mengeksport produk mereka ke pasaran ASEAN yang mempunyai 690 juta penduduk.

MATRADE Unjur Lebihan Dagangan Malaysia Meningkat Sehingga 20 Peratus Tahun Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurkan lebihan dagangan Malaysia akan berkembang sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus tahun ini daripada RM156.83 bilion yang dicatatkan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Indera Abu Bakar Yusof.

Hari Eksport Pahang Himpun Hampir 70 Usahawan, Syarikat PMKS

KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Hari Eksport Pahang 2026 edisi kedua yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan hampir 70 usahawan dan syarikat, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai sektor industri di negeri ini.