BERITA TERKINI   Jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2026 meningkat tiga peratus kepada RM25.82 bilion daripada RM25.07 bilion pada suku yang sama pada 2025 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat 30 peratus kepada RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "persaraan"

Pendapatan Pelaburan KWSP Naik 30 Peratus Kepada RM83.32 Bilion Bagi Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 September 2026, iaitu meningkat 30 peratus berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. 

Kerajaan Teliti Cadangan Perluas Skim i-Sayang KWSP Kepada Isteri Bukan Warganegara

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Cadangan memperluas skop dan cakupan Skim i-Sayang KWSP bagi membolehkan suami warganegara Malaysia membuat caruman secara sukarela untuk isteri bukan warganegara memerlukan penelitian menyeluruh bagi memastikan sebarang peluasan kekal selaras dengan tujuan asal i-Sayang serta kerangka dasar simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWAP Raih Anugerah Global Menerusi Inisiatif Dana Pemacu RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meraih anugerah dalam kategori Pelaburan pada Pensions & Investments (P&I) WorldPensionSummit Excellence & Innovation Awards menerusi inisiatif Dana Pemacu bernilai RM6 bilion.

LTAT, KWSP, KWAP, PERKESO Tidak Tertakluk Kepada Seliaan SC - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Amanah Raya Berhad tidak tertakluk di bawah kerangka pengawalseliaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Public Mutual Umum Agihan Melebihi RM89 Juta Bagi Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Public Mutual Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM89 juta bagi empat dananya setakat 31 Okt, 2026.

SPRM Masih Jalankan Siasatan Pelaburan KWAP Dalam eFishery - MoF

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan proses siasatan terhadap pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia eFishery. 

KWSP Perlu Bantu Lebih Ramai Rakyat Cukup Simpanan Persaraan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan corak pekerjaan di samping terus memberikan pulangan yang mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelaburan Asal Battersea Alami Kerugian, Usaha Pemulihan Sedang Dijalankan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaburan asal dalam projek Battersea Power Station di United Kingdom (UK) adalah terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian namun usaha pemulihan sedang dilakukan sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Ambil Langkah Segera Perbaiki Tadbir Urus GLC, GLIC - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki tata kelola dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.