1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sentiasa memenuhi keutamaan projek yang dicadangkan kerajaan negeri termasuk meningkatkan peruntukan kepada kesemua negeri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
1hari ago
KUALA LUMPUR, Okt 28 (Bernama) -- Kerajaan belum memberikan keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Belum ada bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan syarikat perladangan Malaysia sebagai pihak yang menjadi punca kebakaran hutan di Indonesia, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bantuan kewangan kepada AirAsia Group Bhd setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menyediakan geran berjumlah RM444.96 juta bagi memperkukuh infrastruktur bekalan air di Sabah, termasuk penggantian paip kritikal dan pelaksanaan langkah mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengadakan libat urus semula dengan pemain industri bagi meneliti kemungkinan penambahbaikan struktur caj di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.