21minit ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Bandar Shenzhen di selatan China bakal menjadi tumpuan diplomasi ekonomi serantau apabila para pemimpin daripada 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berhimpun di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 untuk merangka hala tuju ke arah perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.
6jam ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.
7jam ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.
9jam ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menggalakkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan dipercayai selain memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara meluas, terutamanya dalam sektor utama seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan tenaga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.
18hari ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud International sedang mengoptimumkan seni bina perkakasan dan perisiannya untuk menyediakan inferens pengkomputeran dan kecerdasan buatan (AI) yang berkos efektif berikutan lonjakan permintaan ke atas pengkomputeran serta penstoran, sambil menawarkan produk yang sesuai dengan pasaran tempatan bagi mempercepatkan penggunaan AI.
18hari ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud komited untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memperkukuh infrastruktur rantau awan sedia ada, kata Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang.