BERITA TERKINI   Jensen Huang letak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif, dan ahli lembaga pengarah NVIDIA berkuat kuasa serta-merta -- laporan | PM Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "sukuk wakalah"

EcoWorld Terbit Sukuk Wakalah RM850 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd (EcoWorld), Eco World Capital Bhd, menerbitkan sukuk wakalah berpenarafan bernilai RM850 juta di bawah program sukuk bernilai RM3 bilion.

Unit TNB Kemuka Kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN RM2 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- TI TNB Genco Solar Kenyir 1 Sdn Bhd (TI TNB GENCO) mengemukakan kemudahan Sukuk Wakalah SRI Kemampanan ASEAN bernilai sehingga RM2 bilion dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 30 Okt, 2026.

WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings

JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion. 

Anak Syarikat Malakoff Lancar Program Sukuk Hijau RM700 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah mengemukakan program sukuk wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau (SRI) ASEAN bernilai RM700 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi membiayai pembangunan kemudahan sisa kepada tenaga (WTE) Melaka yang pertama.

Isu Pembubaran Sukuk Tidak Mewajibkan Pembayaran Balik Secara Penuh - Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Zetrix AI mengakui bahawa pencetus kepada pembubaran telah berlaku di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat itu berikutan pelanggaran kovenan yang menghendaki Wong Thean Soon kekal sebagai pemegang saham terbesar syarikat.

TNB Terbit Sukuk Wakalah Kemampanan RM4.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Kemampanan bernilai RM4.8 bilion di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion, berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

Zetrix AI Menamakan Semula Jawatan Norraesah Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.