14hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun AS dijangka menaikkan kadar faedah utamanya selepas ini.
14hari lalu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
15hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, dengan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dan prospek automotif AS yang menggalakkan menyokong sentimen pasaran, di tengah-tengah niaga hadapan serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.
15hari lalu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.
15hari lalu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah pada Jumaat.
15hari lalu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, dalam pergerakan bercampur-campur dalam pasaran pertukaran asing global.
15hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan lima hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Khamis.
15hari lalu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.
15hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.
16hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini namun susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi negara maju itu yang positif hanya meningkatkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah utama AS.
16hari lalu
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.
16hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat dan ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga.