BERITA TERKINI   Belanjawan 2027 bukan penyelesaian semua masalah tetapi langkah kerajaan mengurangkan beban ditanggung rakyat - PM Anwar | Kerajaan MADANI utamakan semua peringkat dalam merangka Belanjawan 2027, angkat martabat dan kesejahteraan rakyat -- PM Anwar | Belanjawan 2027 waad atau ikrar yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah -- PM Anwar | Belanjawan 2027 dirangka bagi menjamin keselesaan hidup dan keadilan sosial untuk semua lapisan rakyat - PM Anwar | Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak antara tumpuan fasa kedua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 libatkan 2,000 lokasi - Fahmi | 

Pasaran

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong mata wang negara itu.

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Ditutup Rendah Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun apabila ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu, sejajar dengan kelemahan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pengukuhan dolar US terus menjejaskan logam berharga itu. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu tetapi rendah berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terus menyokong mata wang negara itu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu sejajar dengan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Pasaran Getah Terus Meningkat Untuk Sesi Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong oleh harga niaga hadapan getah serantau yang lebih kukuh, keyakinan terhadap rundingan Amerika Syarikat (AS)-China dan AS-Iran serta bekalan yang lebih terhad akibat cuaca buruk, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Terhadap Saham Petrokimia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada akhir dagangan Rabu, diasak aktiviti pengambilan untung dalam kelompok saham wajaran tinggi terpilih serta sentimen kurang memberangsangkan terhadap saham petrokimia berikutan harga minyak yang terus menyusut, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Mengukuh Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kembali meningkat untuk menamatkan sesi pagi dengan sedikit tinggi, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih, diterajui saham telekomunikasi dan utiliti.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.