BERITA TERKINI   PM Anwar akan bangkitkan isu kerjasama syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit pada mesyuarat Kabinet minggu depan | PM Anwar gesa syarikat perladangan kerjasama dengan pekebun kecil sawit untuk tingkatkan hasil dan pendapatan | Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dengan kontrak penanda aras bagi Januari 2027 susut di bawah paras RM4,300 satu tan.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata prestasi lebih lemah olein sawit yang ditapis, diluntur, dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE) dan niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), serta kebimbangan terhadap inventori minyak sawit Malaysia yang mencatatkan rekod tertinggi, telah memberi tekanan ke atas harga. 

Ad Banner
Ad Banner

“Kami menjangkakan harga tidak akan kembali pulih melebihi RM4,400 satu pada minggu hadapan, memandangkan berlakunya peningkatan stok sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kami melihat paras sokongan serta-merta sekitar RM4,300 satu tan dan paras rintangan pada RM4,400 satu tan, dengan peniaga kekal berhati-hati menjelang laporan permintaan dan bekalan minyak sawit bagi Oktober oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 10 November,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 susut RM77 kepada RM4,049 satu tan, kontrak Disember 2026 berkurang RM132 kepada RM4,147 satu tan, kontrak Januari 2027 merosot RM119 kepada RM4,258 satu tan, kontrak Februari 2027 menyusut RM106 kepada RM4,356, kontrak Mac 2027 turun RM96 kepada RM4,437 satu tan, dan kontrak April 2027 berkurang RM90 kepada RM4,497 satu tan. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 131,922 lot berbanding 97,181 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 332,934 kontrak daripada 336,631 kontrak sebelumnya. 

Harga MSM fizikal bagi November Selatan menyusut RM120 kepada RM4,100 satu tan. 

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 9 November, bersempena cuti ganti Deepavali. 

-- BERNAMA