BERITA TERKINI   PM Anwar akan bangkitkan isu kerjasama syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit pada mesyuarat Kabinet minggu depan | PM Anwar gesa syarikat perladangan kerjasama dengan pekebun kecil sawit untuk tingkatkan hasil dan pendapatan | Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | 

Bitdeer Terus Melabur Di Malaysia, Yakin Dengan Dasar Kerajaan Madani -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi digital. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disampaikan oleh pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Bitdeer, Jihan Wu semasa kunjungan hormatnya bersama delegasi hari ini. 

Anwar berkata syarikat itu sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang bagi membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) bertaraf dunia di Malaysia. 

Ad Banner
Ad Banner

"Saya tekankan bahawa pelaburan seperti ini perlu membuka peluang pekerjaan dan menyediakan latihan untuk membina kepakaran rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang AI, kejuruteraan dan pengkomputeran termaju.

"Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan strategik seperti ini agar pertumbuhan ekonomi digital turut memperkukuh industri tempatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman X hari ini. 

Bitdeer merupakan syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk AI dan infrastruktur perlombongan Bitcoin. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan tersenarai di Nasdaq itu turut menerima status Malaysia Digital.

-- BERNAMA