BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

APB Resources Jual Menara APB Pada Harga RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- APB Resources Bhd bercadang untuk melupuskan Menara APB, sebuah bangunan pejabat 16 tingkat di Shah Alam, Selangor kepada Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIGB) pada harga tunai RM45 juta.

APB Resource, yang terlibat dalam pegangan pelaburan, fabrikasi proses rekaan khas dan peralatan kejuruteraan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata ia telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan DEIGB, anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Diperbadankan), hari ini.

Cadangan pelupusan itu dijangka menjana anggaran keuntungan bersih RM3.23 juta dan penjimatan faedah tahunan sebanyak RM1.67 juta melalui pembayaran balik pinjaman.

Ad Banner
Ad Banner

APB Resources merancang untuk menggunakan RM37.07 juta daripada hasil ke arah pembayaran balik pinjaman, RM5 juta sebagai modal kerja, RM936,000 untuk cukai keuntungan hartanah dan RM1.99 juta lagi bagi menampung perbelanjaan pelupusan tersebut.

Pembayaran balik itu dijangka mengurangkan nisbah penggearan kumpulan daripada 1.71 kali pada 31 Mac 2026 kepada 1.03 kali.

Pelupusan itu akan membuka kunci nilai Menara APB, yang kini kosong dan tidak menjana pendapatan sewa, sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan kumpulan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kos kewangannya berjumlah RM6.41 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, menyumbang 38.75 peratus daripada kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM16.54 juta.

Setakat 26 Okt 2026, jumlah pinjaman terkumpul kumpulan berada pada RM93.47 juta.

Pertimbangan pelupusan RM45 juta ini mewakili diskaun 2.17 peratus kepada nilai pasaran hartanah sebanyak RM46 juta, seperti yang dinilai oleh penilai bebas Laurelcap Sdn Bhd pada 30 Okt 2026.

Cadangan pelupusan adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan persetujuan daripada pihak berkuasa negeri yang berkaitan.

Ia dijangka selesai menjelang suku kedua 2027, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka.

-- BERNAMA