BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat menjejaki penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran getah di Thailand, kata seorang peniaga.

Menurut beliau, bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kestabilan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) serta penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner

“Niaga hadapan getah Jepun merosot ketara menjejaki kelemahan ekuiti Tokyo susulan penjualan besar-besaran saham di pasaran global dan dijangka mencatatkan penurunan mingguan terbesar sejak minggu berakhir 26 Jun, 2026,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau memaklumkan pengeluaran getah Thailand diunjur meningkat 1.5 peratus kepada kira-kira 4.9 juta tan pada 2026, disokong oleh harga yang lebih tinggi yang menggalakkan aktiviti penorehan serta pengurangan risiko penyakit luruh daun.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 18 sen kepada 955.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun lima sen kepada 768.50 sen sekilogram.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin, 9 Nov, 2026 sempena cuti gantian Deepavali dan akan beroperasi semula pada Selasa, 10 Nov, 2026.

-- BERNAMA