BERITA TERKINI   Jerebu: JKR lanjut operasi lampu jalan dilengkapi pemasa (timer) hingga dua jam bagi mudahkan pengguna jalan raya - Ahmad Maslan | Kerjasama dengan Mesir buka peluang besar kepada Malaysia memperluas perdagangan, pelaburan dan sektor pelancongan - Anwar | Malaysia, Mesir setuju adakan mesyuarat suruhanjaya bersama pada suku pertama 2027 untuk memperkukuh kerjasama dua hala - Anwar | Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | 

Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terjejas Berikutan Lambakan Inventori Dan Permintaan Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap lambakan dalam inventori domestik dan permintaan eksport yang lebih lemah.

Harga Emas Global Mengukuh, Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Faedah Fed

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) menangguhkan kenaikan kadar faedah bulan depan berikutan data sentimen pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan, Dipacu Sektor Utiliti

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah ke atas saham wajaran tinggi terpilih, dipacu oleh saham utiliti, walaupun keluasan pasaran terus kekal negatif.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Pembukaan Dagangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi pada Rabu apabila berlaku aktiviti belian pada harga rendah berikutan penurunan baru-baru ini, di sebalik petunjuk negatif dari Wall Street.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Mata Wang Utama, Dolar AS

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila data pengguna AS yang lebih lemah mempengaruhi sentimen pelabur dan mengurangkan selera minat dalam pasaran pertukaran asing.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selari Kelemahan Minyak Sayuran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran minyak sayuran serantau, termasuk di Bursa Komoditi Dalian.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Kenaikan Hasil Sebenar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas akibat kenaikan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) serta tekanan jualan menjelang penerbitan data ekonomi utama AS pada minggu ini.