BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Lawatan Kerja PM Anwar Ke Thailand Tarik Potensi Eksport RM1.07 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti automatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata minat untuk mendapatkan produk negara itu disampaikan menerusi mesyuarat meja bulat anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan pegawai tertinggi daripada lapan syarikat terkemuka Thailand untuk memudahkan peluang perdagangan antara kedua-dua negara.

Turut mengiringi Anwar dalam lawatan selama dua hari itu ialah Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

Ad Banner

“Secara kolektif, syarikat ini menyediakan potensi gabungan nilai penyumberan sebanyak RM1.07 bilion (US$244.04 juta) dari Malaysia, menunjukkan tarikan Malaysia sebagai rakan rantaian perdagangan dan bekalan yang boleh dipercayai,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MITI berkata minat memberangsangkan daripada syarikat Thailand untuk mendapatkan produk Malaysia dan melabur di negara ini sejajar dengan hala tuju dasar terkini di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menurutnya, dasar ini menekankan kepada pelaburan strategik, kerjasama serantau dan eksport nilai tambah untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan serantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Fokus MITI untuk memacu pertumbuhan hijau, mengukuhkan hubungan perindustrian dan mempromosikan sektor bernilai tinggi menyokong kemudahan usaha niaga rentas sempadan dengan Thailand, telah meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berkembang,” kata MITI.

Thailand adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam ASEAN dan ketujuh di seluruh dunia.

Pada 2024, perdagangan dua hala berjumlah US$25.06 bilion dengan perdagangan sempadan mencakupi 40 peratus daripada jumlah itu.

Momentum tersebut berterusan pada awal 2025, dengan perdagangan dua hala meningkat hampir lapan peratus dalam tempoh dua bulan pertama 2025.

Sejak 1980 sehingga Disember 2024, sejumlah 116 projek pembuatan dengan penyertaan Thailand telah dilaksanakan berjumlah US$768 juta (RM2.73 bilion) dalam pelaburan yang direalisasikan dan mewujudkan lebih 11,000 pekerjaan.

-- BERNAMA