BERITA TERKINI   Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026 - DOSM | Tujuh suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung Laporan RCI Lembaga Tabung Haji - Ketua Pesuruhjaya SPRM | SPRM pertimbang guna khidmat pakar forensik luar negara bantu siasatan penemuan laporan RCI Lembaga Tabung Haji - KP SPRM | Kes tikam di Bandar Utama: Remaja lelaki diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan bunuh pelajar perempuan 16 tahun | 

BNM Dijangka Turunkan OPR 25 Mata Asas Pada 9 Julai - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada 9 Julai 2025, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei.

Langkah itu akan membolehkan bank pusat menilai lebih banyak data terutamanya berkaitan perdagangan luar susulan tarif Amerika Syarikat (AS), termasuk pengumuman angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2025 pada 16 Mei, perdagangan luar April (20 Mei) dan data perdagangan luar Mei (20 Jun).

"Rundingan perdagangan dengan AS masih diteruskan. Memandangkan implikasi terhadap Malaysia agak besar penilaian memerlukan masa. Mesyuarat MPC pada Julai juga bersamaan dengan tarikh akhir penangguhan tarif selama 90 hari,” katanya.

Ad Banner

Bank juga menjangkakan lebih kecenderungan untuk menurunkan kadar dan MPC akan menilai  risiko penurunan yang akan menjejaskan ekonomi.

Menurutnya, kenyataan oleh Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour baru-baru ini yang mengetengahkan risiko penurunan yang berpunca daripada keadaan perdagangan semasa, membayangkan unjuran rasmi pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5–5.5 peratus mungkin akan diturunkan.

"BNM pada masa ini mengunjurkan eksport kasar berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2025, turun daripada 5.7 peratus pada 2024.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Setakat Mac, pertumbuhan eksport berada pada purata 4.4 peratus. Bagaimanapun, penunjuk terkini — termasuk indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan terkini — menunjukkan petanda penurunan lagi," katanya.

 CIMB Securities berkata kelewatan dalam pengembangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan rancangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 - yang akan memberi kesan kepada sebahagian daripada penduduk - juga dijangka mengehadkan tekanan ke atas harga.

-- BERNAMA