BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

AirAsia Di Tangga Ke-24 Syarikat Penerbangan Global, Ke-7 Jenama Paling Bernilai Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

Dengan lonjakan sebanyak 66 peratus dalam nilai jenama kepada US$1.93 billion (US$1=RM 4.24), pengendali syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata “kekuatan jenamanya disokong oleh sokongan pelanggan yang tinggi dan perhubungan jenama serantau, mengekalkan penarafan AAA serta kedudukannya antara 10 jenama paling kukuh di Malaysia”.

“Menurut Brand Finance, 100 jenama terbaik di Malaysia secara kolektifnya meningkat 16 peratus pada 2025, dengan sektor penerbangan mencatatkan peningkatan luar biasa sebanyak 85 peratus dalam nilai jenama secara keseluruhannya,” katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner