BERITA TERKINI   Permintaan jalan penghubung luar bandar di Sabah, Sarawak akan dipertimbangkan dalam Bajet 2027 - Ahmad Zahid | Keutamaan BN ialah penyatuan kepimpinan dan ahli hadapi PRN Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | 25,000 individu bakal terima manfaat menerusi Inisiatif Bakat MADANI - PM Anwar | MOT kenal pasti lima syarikat bagi pelaksanaan rintis sistem telematik kenderaan perdagangan - Loke | Pelaksanaan sistem telematik akan dilaksanakan secara berfasa bermula 2026 hingga 2028 - Loke | 

Saham Capital A Meningkat Susulan Perjanjian Pembelian 150 Pesawat Oleh Airasia

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Saham Capital A Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan tempahan sebanyak 150 pesawat Airbus A220 oleh AirAsia Bhd, iaitu tempahan terbesar bagi model berkenaan setakat ini.

Capital A adalah syarikat induk dan syarikat pegangan bagi AirAsia.

Awal hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Airbus bagi Pesawat Komersial Lars Wagner mengumumkan tempahan pembelian itu di Mirabel, Quebec, Kanada.

Ad Banner

Turut hadir pada majlis itu ialah CEO Capital A Tan Sri Tony Fernandes merangkap pengasas syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia manakala Perdana Menteri Kanada Mark Carney menyaksikan pengumuman perjanjian penting itu.

Sementara itu, dalam makluman terkini kepada Bursa Malaysia, AirAsia X Bhd memaklumkan bahawa pembelian pesawat A220 itu tidak akan memberi impak segera terhadap kedudukan kewangan syarikat berikutan penghantaran pesawat dijadual bermula pada 2028.

"Kumpulan bercadang untuk mendapatkan pembiayaan pesawat yang diperlukan kira-kira 10 bulan hingga 12 bulan sebelum tarikh penghantaran setiap pesawat," menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 10.20 pagi, saham Capital A meningkat satu sen kepada 44.5 sen, dengan 32.43 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA