BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

Jerayawara China 2026 MyCEB Catat 127 Petunjuk Perniagaan Berkelayakan Dengan EEI RM95 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Jerayawara China 2026 oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya menghasilkan sejumlah 127 petunjuk perniagaan yang layak, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) bernilai RM95 juta.

Dalam satu kenyataan, ia menyatakan kejayaan yang menggalakkan itu mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dan minat yang kukuh oleh pasaran China terhadap penawaran acara perniagaan di Malaysia, di samping memperkukuh lagi kerjasama industri dan peluang perniagaan masa depan antara kedua-dua negara.

MyCEB memaklumkan inisiatif itu juga selaras dengan usaha untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dan memperkukuh lagi pelancongan perniagaan antara Malaysia dan China.

Ad Banner

"Dengan pengecualian visa dan kesalinghubungan udara yang diperluas, kini terdapat lebih 20 bandar di China yang menawarkan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, dengan lebih 180 penerbangan beroperasi setiap hari setakat awal 2026. Kebolehcapaian yang dipertingkat ini menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk kumpulan pelancong korporat dan insentif dari China.

"Destinasi popular Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, terus kekal menjadi pilihan utama untuk acara-acara perniagaan dan program pelancongan insentif," tambahnya.

Jerayawara China 2026 oleh MyCEB menghimpunkan 20 perwakilan daripada industri acara perniagaan Malaysia dan 180 pembeli mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) dari China untuk sesi padanan perniagaan dan jalinan rangkaian.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berlangsung dari 11 hingga 19 Mei, 2026 merentasi Beijing, Shanghai dan Guangzhou, jerayawara itu dianjurkan di bawah tema “Reconnect, Reimagine, Rediscover Malaysia”, yang mempamerkan kepelbagaian infrastruktur MICE, hospitaliti bertaraf dunia dan pengalaman perjalanan insentif yang unik di negara ini, jelas MyCEB.

"Sesi libat urus di tiga bandar itu turut menyediakan peluang strategik kepada penggiat industri Malaysia untuk berhubung semula dengan pembeli MICE utama dari China, memperkukuh kerjasama dan memperoleh pandangan pasaran yang berharga daripada salah satu pasaran acara perniagaan di luar negara yang paling penting di Asia," tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Tan Mei Phing berkata jerayawara itu bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk membina semula hubungan, tetapi juga menyediakan peluang keemasan bagi mempamerkan penawaran acara perniagaan dan pengalaman inovatif yang terdapat di Malaysia.

Ia turut menerima sokongan padu daripada pejabat Tourism Malaysia di Beijing, Shanghai dan Guangzhou.

-- BERNAMA