BERITA TERKINI   Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Terhadap Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup, kontrak semerta bulan Julai 2026 mengukuh kepada US$4,078.80 setiap auns troy daripada US$4,013.90 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu, Ogos 2026 naik kepada US$4,101.10 setiap auns troy daripada US$4,026.70 setiap auns troy semalam, September 2026 menokok kepada US$4,113.90 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy.

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, kedua-duanya melonjak kepada US$4,133.00 setiap auns troy daripada US$4,045.80 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 181 lot daripada 160 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 264 kontrak daripada 224 kontrak sebelumnya. 

Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,089.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 1 Julai, 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner