BERITA TERKINI   Seorang lelaki maut dipercayai tertimbus tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi, Pasir Gudang pagi tadi - Bomba | Semua institusi pendidikan di Johor kembali beroperasi Isnin ini susulan trend penurunan bacaan IPU sejak lima hari lepas – Exco | Kenaikan harga petrol dunia: kerajaan sedia tanggung subsidi hingga RM45 bilion setahun, elak rakyat terbeban - PM Anwar | KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Pada 9.34 pagi, kontrak Julai 2026 susut setengah mata kepada 1,686.50, Ogos 2026 menyusut 1.5 mata kepada 1,687.50, September 2026 meningkat tiga mata kepada 1,671.50 dan Disember 2026 naik dua mata kepada 1,672.00.

Jumlah dagangan sebanyak 783 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,429 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.39 pagi, FBM KLCI meningkat 1.32 mata kepada 1,680.37 daripada 1,679.05 semasa ditutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner