BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak Julai 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,683.50 manakala Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,685.50 dan 1,664.50. Disember 2026 meningkat 3.0 mata kepada 1,665.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,540 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,844 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.50 pagi, FBM KLCI susut 5.79 mata kepada 1,677.82 berbanding 1,683.61 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner