BERITA TERKINI   PRN Johor: Sebanyak 68.73 peratus atau 1,874,918 juta pengundi keluar mengundi - SPR | SPR berpuas hati dengan perjalanan PRN Johor, tiada sebarang kejadian tidak diingini ganggu kelancaran pilihan raya | Keputusan penuh PRN Johor: BN menang 48 kerusi DUN, PH lapan - SPR | (RASMI): BN menang 48 DUN manakala PH lapan DUN dengan calonnya Dr Maszlee Malik menangi DUN Puteri Wangsa - SPR | PRN Johor: Calon PH Maszlee Malik menang kerusi DUN Puteri Wangsa, tewaskan empat pencabar - SPR | 

Dagangan Ringgit Dijangka Pada Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dagangan ringgit dijangka berada pada jajaran kecil antara RM4.05 dengan RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan pelabur menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada Selasa depan.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata IHP AS boleh menentukan pergerakan pasaran kewangan global di samping boleh menjadi pemangkin utama seterusnya untuk sentimen pasaran.

Ad Banner

“Wujud kemungkinan munasabah yang data itu boleh lemah, terutama seandainya harga tenaga yang rendah mengekang lonjakan inflasi pada Mei.

“Bacaan IHP yang rendah mungkin mengukuhkan jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari Rizab Persekutuan AS seterusnya mempengaruhi pergerakan dolar AS dan menyediakan persekitaran yang baik untuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit turun sedikit kepada 4.0695/0745 berbanding dolar AS daripada 4.0690/0735 pada minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada minggu ini.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5148/5181 daripada 2.5253/5281, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6502/6559 daripada 4.6553/6606 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, unit domestik turun berbanding pound British kepada 5.4572/4639 daripada 5.4325/4385 minggu lepas.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang negara serantau ASEAN.

Unit tempatan rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1520/1561 daripada 3.1521/1558 namun meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2101/2302 daripada 12.2782/2966.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 225.2/225.6 daripada 226.5/226.8, dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.62 daripada 6.62/6.63 Jumaat lepas.

-- BERNAMA