BERITA TERKINI   PRN Johor: Sebanyak 68.73 peratus atau 1,874,918 juta pengundi keluar mengundi - SPR | SPR berpuas hati dengan perjalanan PRN Johor, tiada sebarang kejadian tidak diingini ganggu kelancaran pilihan raya | Keputusan penuh PRN Johor: BN menang 48 kerusi DUN, PH lapan - SPR | (RASMI): BN menang 48 DUN manakala PH lapan DUN dengan calonnya Dr Maszlee Malik menangi DUN Puteri Wangsa - SPR | PRN Johor: Calon PH Maszlee Malik menang kerusi DUN Puteri Wangsa, tewaskan empat pencabar - SPR | 

Dagangan Niaga Hadapan MSM Dalam Aliran Lemah Minggu Hadapan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu berikutan kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata sentimen berkemungkinan kekal tidak memberangsangkan susulan kejatuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah baru-baru ini.

Ad Banner

“Kami menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,450 hingga RM4,600 setan minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan MSM didagangkan bercampur-campur apabila pelabur menimbang pergerakan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, program biodiesel B50 Indonesia, ketegangan geopolitik di Asia Barat serta data bulan Jun daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pada Jumaat, MPOB melaporkan bahawa simpanan minyak sawit Malaysia meningkat 4.78 peratus, atau 116,123 tan, kepada 2.54 juta tan pada Jun berbanding 2.43 juta tan yang dicatatkan pada Mei. Stok minyak sawit mentah menokok 3.75 peratus atau 48,153 tan kepada 1.33 juta tan, manakala pengeluaran MSM naik 8.08 peratus atau 122,450 tan, kepada 1.64 juta tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Eksport minyak sawit melonjak sebanyak 6.19 peratus kepada 1.20 juta tan pada Jun daripada 1.13 juta tan pada Mei, manakala eksport minyak isirong sawit turun 2.64 peratus kepada 83,712 tan. Pengeluaran isirung sawit menyaksikan peningkatan sebanyak 8.16 peratus kepada 381,480 tan daripada 352,697 tan.

Sementara itu, Indonesia secara rasmi melancarkan program biodiesel B50 mandatorinya pada Khamis. Kerajaan negara itu menjangkakan inisiatif tersebut akan memacu permintaan MSM domestik tahunan kepada 16.3 juta hingga 17 juta tan daripada 15.2 juta tan, sambil menghapuskan import diesel buat kali pertama.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2026 meningkat RM16 kepada RM4,455 satu tan, Ogos 2026 naik RM18 kepada RM4,476 satu tan, September 2026 menambah RM33 kepada RM4,513 satu tan, Oktober 2026 lonjak RM447 kepada RM4,476 satu tan, November 2026 mencatatkan kenaikan sebanyak RM49 kepada RM4,582 satu tan dan Disember 2026 menokok RM53 kepada RM4,612 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan dipacu kepada 431,847 lot berbanding 314,563 lot seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 286,062 kontrak daripada 289,382.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan meningkat RM20 kepada RM4,490 satu tan.

-- BERNAMA