BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 9.1 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.1 peratus kepada 20,198 tan pada Mei 2026 berbanding 18,515 tan pada April 2026.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Perangkaan Getah Bulanan, Mei 2026 berkata bagaimanapun pengeluaran getah asli itu menurun 16.7 peratus berbanding 24,256 tan pada Mei 2025.

"Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mei 2026 sebahagian besarnya disumbangkan oleh pekebun kecil yang merangkumi 89.4 peratus berbanding estet sebanyak 10.6 peratus," katanya.

Ad Banner

DOSM berkata jumlah stok getah asli berkurangan 6.2 peratus kepada 122,658 tan pada Mei 2026 daripada 130,698 tan pada April 2026.

"Kilang pemproses getah menyumbang 77.8 peratus daripada jumlah stok itu, diikuti kilang pengguna getah sebanyak 22.0 peratus dan estet getah sebanyak 0.2 peratus," katanya.

Menurut DOSM, eksport getah asli Malaysia berjumlah 28,741 tan pada Mei 2026, turun 23.1 peratus daripada 37,360 tan pada April 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli dengan menyumbang 42.7 peratus daripada jumlah eksport pada Mei 2026, diikuti Jerman sebanyak 14.6 peratus, Amerika Syarikat 11.2 peratus, Turkiye 4.3 peratus dan India 3.8 peratus.

"Prestasi eksport itu disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah," katanya.

DOSM berkata sarung tangan getah merupakan barangan eksport utama dalam kalangan produk berasaskan getah, dengan nilai eksport RM1.2 bilion pada Mei 2026, turun 14.1 peratus daripada RM1.4 bilion pada April 2026.

Harga purata bulanan lateks pekat meningkat 1.1 peratus kepada 763.16 sen sekilogram pada Mei 2026 daripada 754.69 sen sekilogram pada April 2026.

Sementara itu, harga purata bulanan sekerap meningkat 8.2 peratus kepada 747.78 sen sekilogram pada Mei 2026 berbanding 691.26 sen sekilogram pada April 2026, kata DOSM.

-- BERNAMA