BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

ASSAR Umum Dividen 6.5 Sen Seunit

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengagihan keseluruhan berjumlah RM34.35 juta itu merangkumi pengagihan interim 3.0 sen seunit pada 16 Februari lepas.

“Pengagihan selebihnya sebanyak 3.5 sen seunit akan dilakukan sebelum penghujung Julai ini untuk disalurkan kepada 57,926 pemegang unit ASSAR berdasarkan baki pegangan unit mereka pada 30 Jun, 2026.

Ad Banner

“Saya berharap kadar pengagihan dividen cukup kompetitif disokong dengan rizab pendapatan mampan, dapat mencetus serta menggalakkan lagi semangat dan minat melabur dalam kalangan masyarakat Bumiputera Sarawak, terutamanya generasi muda,” katanya.

Beliau katanya demikian ketika berucap pada majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun, 2026 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata sejak penstrukturan semula Tabung ASSAR pada penghujung tahun 2022, ASSAR terus mempamerkan peningkatan prestasi secara konsisten.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“ASSAR kini berjaya mengagihkan dividen secara konsisten setiap enam bulan sejak Januari 2024. Secara kumulatif, jumlah agihan dividen pasca penstrukturan semula telah mencecah RM72.09 juta.

“Nilai Aset Bersih (NAB) ASSAR juga terus berkembang kepada RM617.31 juta pada 30 Jun, 2026, kenaikan hampir 14 peratus tahun ke tahun,” katanya.

-- BERNAMA