BERITA TERKINI   Negeri Sembilan perlu kepimpinan yang bersih, yakin Aminuddin boleh tadbir lebih baik - PM Anwar | Jangan guna institusi diraja dan undang dalam kempen politik PRN Negeri Sembilan - PM Anwar | PRN N.Sembilan: PH umum Aminuddin Harun calon DUN Linggi, Anthony Loke di DUN Chennah - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Meningkat Hari Kedua

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan keuntungan mereka pada hari Selasa, menjejaki pengukuhan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih mantap turut menyokong niaga hadapan minyak sawit. 

Ad Banner

“Kenaikan harga minyak kacang soya menyokong MSM memandangkan kedua-duanya adalah minyak sayuran utama yang bersaing dalam pasaran minyak makan global, manakala harga minyak mentah yang lebih tinggi telah memacu harga minyak sawit dengan meningkatkan daya tarikannya sebagai bahan mentah biobahan api,” katanya kepada Bernama.

Minyak mentah Brent melonjak 4.72 peratus kepada US$87.23 setong.

Peniaga itu menambah pelaksanaan mandat biodiesel B50 di Indonesia juga telah merangsang sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,500 dan rintangan pada RM4,680,” katanya.

Sementara itu, Editor Pengurusan dan Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM naik untuk sesi kedua berturut-turut, melanjutkan dagangan harian, sama seperti semalam.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 menokok sebanyak RM13 kepada RM4,485 satu tan, Ogos 2026 naik RM23 kepada RM4,516 dan September 2026 lonjak RM17 kepada RM4,550 satu tan.

Kontrak Oktober 2026 menambah RM7 kepada RM4,573, manakala November 2026 menyaksikan peningkatan berjumlah RM1 kepada RM4,602 satu tan dan Disember 2026 untung RM8 kepada RM4,641 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 108,836 lot berbanding 54,241 lot yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 286,418 kontrak daripada 283,758 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan adalah RM40 lebih baik kepada RM4,520 satu tan.

-- BERNAMA