BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 3-0 Negeri Sembilan | Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat. 

Kontrak Julai 2026 dan Disember 2026 meningkat 9.5 mata masing-masing kepada 1,737.0 dan 1,718.5, manakala Ogos 2026 mengukuh 8.5 mata kepada 1,737.0 dan September 2026 menokok lapan mata kepada 1,716.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 7,348 lot berbanding 6,597 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,501 kontrak daripada 45,371 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 9.26 mata atau 0.54 peratus untuk ditutup pada 1,731.45 berbanding 1,722.19 ketika ditutup pada Khamis. 

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner