BERITA TERKINI   Pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026 didorong reformasi dan dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lepas - PM Anwar | Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan meskipun ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan perdagangan - PM Anwar | Pesona Metro memperoleh kontrak bernilai RM247.50 juta bagi membina tiga blok hospital di Setia Alam | Tiga lemas, satu selamat dalam kejadian kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, Kulim petang ini - Polis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Pada penutup dagangan, kontrak semerta Julai 2026 susut kepada US$4,003.50 setiap auns troy daripada US$4,036.20 setiap auns troy pada Khamis.

Dalam pada itu, kontrak Ogos 2026 menurun kepada US$4,021.70 setiap auns troy daripada US$4,057.00 setiap auns troy dan kontrak September 2026 merosot kepada US$4,034.70 setiap auns troy daripada US$4,070.00 setiap auns troy.

Ad Banner

Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut kepada US$4,065.20 setiap auns troy daripada US$4,100.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 130 lot daripada 93 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 202 kontrak daripada 165 kontrak semalam.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,993.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 Julai, 2026.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA